ABOUT LINKS TAG
about


I'm a ugly potato, yes i am and i was made by the potato man and on my way from the potato fry. A little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular french fries.


Jiwa? Dimanakah jiwa? Bersihkah jiwa kita? // Jumaat, 6 November 2015
11/06/2015 11:29:00 PG
“Nabi SAW telah bersabda:
Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa itu adalah hati.” [ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
Saya yakin dan percaya kita selalu sahaja mendengar hadis mengenai hati ini. Kita memang sudah sedia maklun bahawa hatilah yang menggerakkan setipa anggota tubuh kita. Setiap apa yang terlintas di hati, itulah yang akan tubuh kita refleksikan. Jika hati kita hidup, maka amat senang bagi kita untuk menerima kebaikan. Namun sebaliknya akan berlaku jika hati kita tidak hidup, maka amat sullita untuk kita menerima kebaikan. Terkadang kita melalui fasa-fasa future dalam diri bukan? Itulah tandanya hati kita tidak sihat. Di kala ini amat mudahlah untuk syaitan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik ke dalam diri kita. Dan amat senanglah bagi kita untuk terpengaruh dengan hasutan syaitan pada saat itu.
Untuk kita, kita memerlukan tazkiyatun nafs ini. Kita perlu sentiasa menyucikan jiwa kita ini agar hati kita sentiasa hidup dan sihat. Supaya kita sentiasa dapat melakukan kebaikan. Tazkiyatun nafs ini merupakan misi para rasul. Marilah sama-sama kita perhatikan dia yang Nabi Ibrahim titipkan ini.
“Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-MU dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka dan menyucikan mereka. Sungguh, ENGKAULAH Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana.”  [ Al-Baqarah, 2;129 ]
Dari sini kita boleh lihat bahawa Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah memohon untuk diutuskan pasa rasul kepada setiap umat untuk
1)      Tazkir ( membacakan dan mengingatkan ayat-ayat Allah )
2)       Ta’alim ( mengajarkan )
3)      Tazkiyah ( menyucikan )
Bagaimana untuk kita menyucikan hati kita?
1)      Solat.
-          Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Untuk itu kita perlu menjaga solat kita agar diterima oleh Allah. Solat itu bukanlah dilaksanakan tetapi didirikan. Kita perlu menghayati setiap perbuatan kita sewaktu mendirikan solat demi untuk mendapatkan kekhusyukan hati. “Al awwal ‘ilm yarfu minal ardh al khusyuk.” ( Ilmu yang pertama yang diambil dari dunia itu ialah khusyuk. ) Bersamalah kita berusaha memperbaiki mutu solat kita supaya kita mendapatkan khusyuk di dalam solat.
2)      Saum ( Puasa )
-          Kita boleh membelenggu hawa nafsu kita dengan berpuasa. Hati kita akan terjaga, kemaluan kita akan terpelihara dan mulut kita juga akan kita hindarkan dari mengucapkan perkara yang sia-sia saat berpuasa. Semoga dengan mengamalkan puasa sunat Isnin-Khamis, puasa sunat pada hari putih (13,14,15) pada setiap bulan, kita dapat menyucikan jiwa dan mendidik hati kita kearah kebaikan.
3)      Zakat dan Infak
-          Kita perlu ingat dan perlu tahu bahawa setiap harta milik kita ini bukanlah milik kita sebenarnya melainkan milik Allah yang hanya dipinjamkan buat kita. Untuk itu, tempat untuk kita ini ialah kepada Allah. Bagaimana? Dengan mengeluarkan zakat dan berinfak serta bersedekah. Hati-hati kita akan dapat disucikan apabila kita berzakat dan berinfak. Amalan zakat dan ingak ini juga akan menjauhkan kita daripada sifat kikir dan kedekut.
4)      Haji dan Umrah
-          Saya yakin dan pecaya, setiap dari kita mempunyai  impian dan keinginan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Persiapkanlah diri kita sebaiknya untuk menunaikan haji dan umrah ini. Saat di sana nanti, jagalah solat awal waktu kita dan amalkanlah setiap doa yang telah dihafal.
5)      Bermuhasabah
-          Memetik kata-kata Saidina Umar Al-Khataab, “Hisablah diirimu sebelum kamu dihisabkan. Timbanglah amalanmu sebelum amalan kamu ditimbangkan.” Muhasabah ini penting untuk kita menilai balik baik dan buruk setiap apa yang akan dan telah kita lakukan. Muhasabah itu perlu dibuat sebelum dan sesudah kita melakukan sesuatu perkara. Jangan pula dilupa untuk sentiasa memperbaharui niat kita afar setiap kebaikan yang kita lakukan itu tidak terpesong tujuannya. Niatlah di awal, di pertengahan dan di akhir perbuatan kita. Semoga kebaikab yang kita buat itu diterima Allah. In shaa Allah.
6)      Zikir dan fikir
-          “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah ENGKAU menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci ENGKAU, lindungilah kami dari azab neraka.” [ Ali Imran, 3:190-191 ]
Berfikir dan bertafakut ini mampu menyucikan hati-hati kita. Kita boleh telusuti kisah Nabi Ibrahim yang merenungkan keindahan dan kejadian ala mini untuk mencari siapakah penciptanya. Betapa sikap kritis Nabi Ibrahim yang memikirkan kejadian ala mini perlu kita contohi. Berfikir tentang sakaratul maut dan kehidupan selepas mati juga boleh menyucikan hati kita.
7)      Membaca Al-Quran
-          Kita boleh membersihkan dan menyucikan hati dengan membaca ayat-ayat cinta Allah ini. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat-NYA kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.” [ An-Anfal, 8:2 ]
Bacalah Al-Quran dengan hati. Bacalah maksudnya sekali untuk lebih memahami dan menghayati setiap maknanya.
8)      Zikrul Maut ( Mengingati mati )

-          Ingatlah bahawa apabila kita meninggal, apa yang kita akan bawa hanyalah amalan kebaikan sahaja. Segala yang lain akan kita tinggalkan. Biasakan diri untuk mengingati mati saat sebel.


Sabar itu Cantik! // Selasa, 21 April 2015
4/21/2015 03:53:00 PTG

  • ·         Orang yang sabar itu lebih dekat dengan keyakinan. Orang yang sabar itu lebih dekat dengan kebaikan. Orang yang sabar itu lebih dekat dengan keredhaan Allah. Orang yang sabar itu lebih dekat dengan syurga Allah.
  • ·         Tak payah diungkit-ungkit. Tak payah disebut-sebut. Tak payah diletakkan tempoh dengan Allah. Kerana Allah lebih tahu.
  • ·         Kalau kita kata kita sabar tapi suka cakap-cakap balik, suka komplen balik, maknanya sabar itu belum cukup asli, belum kuat lagi dalam diri kita.
  • ·         Imam al-Qurtubi menukilkan dalam at-Tazkirah, ad-Daqqaq berkata: "Sesiapa yang banyak mengingati mati, akan dimuliakan dengan tiga perkara: 1) Segera bertaubat. 2) Hati yang merasa cukup. 3) Kerajinan untuk beribadah. Sesiapa yang lupa dengan kematian, akan dihukum dengan tiga perkara: 1) Menangguhkan taubat. 2) Meninggalkan rasa redha dan cukup. 3) Malas dalam beribadah."