Jiwa? Dimanakah jiwa? Bersihkah jiwa kita? // Jumaat, 6 November 2015
![]()
11/06/2015 11:29:00 PG |
“Nabi SAW telah bersabda:
Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia)
ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya. Dan
jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa itu
adalah hati.” [ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
Saya yakin dan percaya kita selalu
sahaja mendengar hadis mengenai hati ini. Kita memang sudah sedia maklun bahawa
hatilah yang menggerakkan setipa anggota tubuh kita. Setiap apa yang terlintas
di hati, itulah yang akan tubuh kita refleksikan. Jika hati kita hidup, maka
amat senang bagi kita untuk menerima kebaikan. Namun sebaliknya akan berlaku
jika hati kita tidak hidup, maka amat sullita untuk kita menerima kebaikan.
Terkadang kita melalui fasa-fasa future dalam diri bukan? Itulah tandanya hati
kita tidak sihat. Di kala ini amat mudahlah untuk syaitan membisikkan
perkara-perkara yang tidak baik ke dalam diri kita. Dan amat senanglah bagi
kita untuk terpengaruh dengan hasutan syaitan pada saat itu.
Untuk kita, kita memerlukan tazkiyatun
nafs ini. Kita perlu sentiasa menyucikan jiwa kita ini agar hati kita sentiasa
hidup dan sihat. Supaya kita sentiasa dapat melakukan kebaikan. Tazkiyatun nafs
ini merupakan misi para rasul. Marilah sama-sama kita perhatikan dia yang Nabi
Ibrahim titipkan ini.
“Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka
seorang rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka
ayat-ayat-MU dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka dan menyucikan
mereka. Sungguh, ENGKAULAH Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana.” [ Al-Baqarah, 2;129 ]
Dari sini kita boleh lihat bahawa Nabi
Ibrahim berdoa kepada Allah memohon untuk diutuskan pasa rasul kepada setiap
umat untuk
1)
Tazkir
( membacakan dan mengingatkan ayat-ayat Allah )
2)
Ta’alim ( mengajarkan )
3)
Tazkiyah
( menyucikan )
Bagaimana untuk kita menyucikan hati
kita?
1)
Solat.
-
Solat
merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Untuk
itu kita perlu menjaga solat kita agar diterima oleh Allah. Solat itu bukanlah
dilaksanakan tetapi didirikan. Kita perlu menghayati setiap perbuatan kita
sewaktu mendirikan solat demi untuk mendapatkan kekhusyukan hati. “Al awwal
‘ilm yarfu minal ardh al khusyuk.” ( Ilmu yang pertama yang diambil dari dunia
itu ialah khusyuk. ) Bersamalah kita berusaha memperbaiki mutu solat kita
supaya kita mendapatkan khusyuk di dalam solat.
2)
Saum
( Puasa )
-
Kita
boleh membelenggu hawa nafsu kita dengan berpuasa. Hati kita akan terjaga,
kemaluan kita akan terpelihara dan mulut kita juga akan kita hindarkan dari
mengucapkan perkara yang sia-sia saat berpuasa. Semoga dengan mengamalkan puasa
sunat Isnin-Khamis, puasa sunat pada hari putih (13,14,15) pada setiap bulan,
kita dapat menyucikan jiwa dan mendidik hati kita kearah kebaikan.
3)
Zakat
dan Infak
-
Kita
perlu ingat dan perlu tahu bahawa setiap harta milik kita ini bukanlah milik
kita sebenarnya melainkan milik Allah yang hanya dipinjamkan buat kita. Untuk
itu, tempat untuk kita ini ialah kepada Allah. Bagaimana? Dengan mengeluarkan
zakat dan berinfak serta bersedekah. Hati-hati kita akan dapat disucikan
apabila kita berzakat dan berinfak. Amalan zakat dan ingak ini juga akan
menjauhkan kita daripada sifat kikir dan kedekut.
4)
Haji
dan Umrah
-
Saya
yakin dan pecaya, setiap dari kita mempunyai
impian dan keinginan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Persiapkanlah diri kita sebaiknya untuk menunaikan haji dan umrah ini. Saat di
sana nanti, jagalah solat awal waktu kita dan amalkanlah setiap doa yang telah
dihafal.
5)
Bermuhasabah
-
Memetik
kata-kata Saidina Umar Al-Khataab, “Hisablah diirimu sebelum kamu dihisabkan.
Timbanglah amalanmu sebelum amalan kamu ditimbangkan.” Muhasabah ini penting
untuk kita menilai balik baik dan buruk setiap apa yang akan dan telah kita
lakukan. Muhasabah itu perlu dibuat sebelum dan sesudah kita melakukan sesuatu
perkara. Jangan pula dilupa untuk sentiasa memperbaharui niat kita afar setiap
kebaikan yang kita lakukan itu tidak terpesong tujuannya. Niatlah di awal, di
pertengahan dan di akhir perbuatan kita. Semoga kebaikab yang kita buat itu
diterima Allah. In shaa Allah.
6)
Zikir
dan fikir
-
“Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu)
orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya
berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah ENGKAU menciptakan semua ini sia-sia; Maha
Suci ENGKAU, lindungilah kami dari azab neraka.” [ Ali Imran, 3:190-191 ]
Berfikir
dan bertafakut ini mampu menyucikan hati-hati kita. Kita boleh telusuti kisah
Nabi Ibrahim yang merenungkan keindahan dan kejadian ala mini untuk mencari
siapakah penciptanya. Betapa sikap kritis Nabi Ibrahim yang memikirkan kejadian
ala mini perlu kita contohi. Berfikir tentang sakaratul maut dan kehidupan
selepas mati juga boleh menyucikan hati kita.
7)
Membaca
Al-Quran
-
Kita
boleh membersihkan dan menyucikan hati dengan membaca ayat-ayat cinta Allah
ini. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut
nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat-NYA kepada mereka,
bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.” [ An-Anfal,
8:2 ]
Bacalah
Al-Quran dengan hati. Bacalah maksudnya sekali untuk lebih memahami dan
menghayati setiap maknanya.
8)
Zikrul
Maut ( Mengingati mati )
-
Ingatlah
bahawa apabila kita meninggal, apa yang kita akan bawa hanyalah amalan kebaikan
sahaja. Segala yang lain akan kita tinggalkan. Biasakan diri untuk mengingati
mati saat sebel.
|
Sabar itu Cantik! // Selasa, 21 April 2015
![]()
4/21/2015 03:53:00 PTG |
|